Monday 9 July 2012

ISU KEPENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI KALANGAN REMAJA


Penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar semakin meluas. Ini dapat dilihat melalui keadaan sekeliling di mana semua pelajar sekolah sudah mempunyai telefon bimbit masing-masing. Kedudukan ekonomi bukanlah penghalang untuk seseorang pelajar memiliki telefon bimbit sendiri kerana ianya akan dianggap sebagai ketinggalan zaman seandainya seseorang itu tidak memiliki telefon bimbit. Namun begitu, penggunaan telefon bimbit dikalangan pelajar sekolah banyak mendatangkan kesan negatif terhadap diri mereka.
Kesan negatif yang dimaksudkan dapat dilihat apabila isu-isu besar diketengahkan seperti penyebaran bahan lucah. Ini amat membimbangkan terhadap pelajar sekolah apabila mereka mula menyebarkan dan menyimpan gambar-gambar dan video lucah di dalam telefon bimbit mereka. Jiwa seorang pelajar sekolah yang masih muda sudah tentu akan ada perasaan ingin cuba dan mencari lebih banyak bahan-bahan lucah untuk kepuasan diri. Selain itu, ia juga menggalakkan pergaulan bebas dan tidak sihat di kalangan para pelajar di mana ia mampu menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang. Dengan itu, pelajar akan terjerumus dengan perhubungan seks bebas di mana mewujudkan anak luar nikah, pembuangan bayi dan sebagainya.
Selain itu, penggunaan telefon bimbit di kalangan remaja juga mampu menyebabkan masalah kewangan. Sebagai contoh, pelajar memerlukan wang untuk tambah nilai kredit prabayar mereka. Kebanyakan pelajar tidaklah mempunyai wang yang banyak, di mana mereka memerlukan duit untuk keperluan pengajian, makan dan sebagainya. Jadi mereka akan korbankan duit makan dan keperluan pengajian semata-mata untuk tambah nilai dan untuk keperluan telefon bimbit. Tambahan pula, ada dikalangan mereka akan meminta duit belanja lebih daripada ibu bapa. Ini adalah keadaaan yang membimbangkan kerana golongan pelajar akan lebih mengutamakan telefon bimbit daripada benda lain dan sanggup berlapar dan menipu untuk mendapatkan duit lebih. Bukan itu sahaja, malah, pelajar memerlukan duit lebih utk aksesori telefon bimbit mereka. Masa kini, pengguna telefon mahal seperti Iphone, Blackberry dan android mempunyai banyak pilihan untuk menghias telefon mereka. Aksesori yang ada kebanyakannya mahal tetapi masih menjadi pilihan golongan remaja.


Tambahan pula, penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar juga boleh mengganggu dari segi fokus dalam pembelajaran. Pelajar akan lebih cenderung untuk bermain dengan telefon bimbit mereka dari mentelaah buku. Lebih-lebih lagi, teknologi telefon bimbit semakin canggih yang mampu untuk melayari internet, laman sosial, permainan dan banyak lagi. Remaja akan lebih leka dengan kemudahan dan keseronokkan yang ada yang boleh merosakkan keputusan akademik. Mereka akan menjadi obses dengan telefon bimbit, apatah lagi jika sudah mula menggunakannya pada usia yang muda. Bagi pelajar universiti, mereka akan lebih kerap bermain dengan telefon bimbit di dalam kelas ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung. Mereka akan tidak fokus dan sedikit sebanyak akan menjejaskan pelajaran mereka. 


BERTINDAK BIJAK DALAM BERBELANJA


Saya merujuk kepada artikel ‘Jumlah Muflis pada Usia Muda bakal Meningkat’ di Utusan Online pada 4 Jun 2012.

Saya bersetuju dengan artikel tersebut kerana kita sendiri dapat lihat cara perbelanjaan golongan muda terutamanya di kalangan pelajar boleh dikatakan sebagai boros. Selain itu, dengan adanya wang pinjaman untuk perbelanjaan akademik, golongan muda akan lebih senang berbelanja dengan tidak teragak-agak. Tambahan pula, kini terdapat perbelanjaan secara online di mana mereka boleh terlebih belanja tanpa menyedarinya. 

Perbelanjaan menerusi internet membimbangkan kerana golongan muda akan leka dan teruja dengan pelbagai barangan yang dipromosikan. Mereka akan berbelanja tanpa memikirkan wang yang bakal dihabiskan. Keadaan ini, iaitu perbelanjaan yang tiada had, ianya mampu membawa kepada amalan berhutang di mana mereka akan mempunyai hutang yang banyak pada usia muda. Terdapat perbezaan di antara berhutang untuk akademik dan berhutang untuk memenuhi keinginan semata-mata.

Dengan ini, golongan muda terutamanya pelajar seharusnya perlu lebih berhemah dalam berbelanja supaya tidak akan terjebak dengan amalan berhutang pada usia muda. Selain itu, mereka juga perlu mengawal nafsu berbelanja dengan memikirkan masa depan di mana mereka akan berdepan dengan kehidupan yang lebih mencabar dan lebih memerlukan wang.

Tambahan pula, mereka tidak seharusnya berbelanja lebih kepada keinginan semata-mata tetapi perlu berpada-pada dengan perbelanjaan supaya tidak terjebak dengan amalan berhutang yang boleh membawa kepada muflis pada usia muda. 

POLITIK DAN AGAMA



Ketika sedang hangat isu politik di Negara kita, terlintas di fikiran apakah keadaan dan situasi politik yang hangat diperjuangkan berlandaskan agama? Adakah agama dan politik dipisahkan atau sebaliknya? Pada pendapat saya, tidak salah untuk berpolitik asalkan tidak tersasar dari apa yang diperintahkan oleh agama. Terdapat kata-kata yang menyebut agama tidak boleh di politikkan tetapi politik itu boleh di agamakan. Erti kata yang lebih jelas, politik boleh di agamakan semoga datangnya kebaikan ketika berpolitik.

Apa yang dapat dilihat di dalam politik di Negara kita adalah ianya semakin lalai dengan tuntutan agama. Masing-masing terlalu leka dan hangat dengan kemenangan dan pengambil alihan kuasa sehingga memisahakan tuntutan agama. Sebagai contoh, politik kini semakin banyak dengan isu menuding jari kepada orang lain serta  fitnah-menfitnah sesama sendiri. Keadaan ini adalah tidak wajar dilakukan kerana ianya akan menjadi tontonan ramai. Secara tidak langsung, penyokong parti-parti berkenaan akan terjebak dalam kesalahan ini.

Perbalahan yang berlaku dalam politik masa kini adalah semakin ketara apabila sedikit demi sedikit isu yang dinaikkan. Isu yang remeh menjadi besar hanya sebagai bahan untuk menjatuhkan pihak lawan. Keadaan seperti ini amat membimbangkan apabila setiap yang terlibat dalam politik sudah tidak lagi mengikut hukum dan syariat islam dalam berpolitik dan pemerintahan.

Selain itu, politik semakin hangat apabila ahli-ahli yang terlibat tidak kira lelaki atau perempuan sanggup berbahas dengan lancang dan bertutur kata yang tidak sepatutnya demi mempertahankan kuasa masing-masing. Dimanakah harga diri dan sifat seorang perempuan yang lemah llebut dalam pertuturan seperti yang disebut dalam islam?

Keadaan politik di Negara ini juga dilihat semakin tidak takut dengan agama. Isu angkat sumpah yang sering menjadi mainan ketika hendak menyelesaikan perselisihan. Sumpah yang menyandarkan kepada nama Allah atau sifatnya tidak boleh dipermainkan dalam cara apa sekalipun. Kaedah bersumpah hanya cukup dilakukan sekadar menyebut nama Allah s.w.t atau sifat-sifatnya dan bukanlah dengan mencium atau menjunjung Al-Quran.

Sesungguhnya terdapat sebuah hadis tentang Allah membenci pemimpin yang mengejar jabatan yang menyebut;
Jangan menuntut kedudukan dalam pemerintahan, karena jika kau diserahi jabatan tanpa minta, kau akan dibantu oleh allah untuk melaksanakannya, tetapi jika dapat jabatan itu karena permintaanmu, maka akan diserahkan ke atas bahumu atau kebijaksanaanmu sendiri. Dan apabila kau telah bersumpah untuk sesuatu kemudian ternyata jika kau lakukan lainnya akan lebih baik, maka tebuslah sumpah itu dan kerjakan apa yang  lebih baik itu. (buchary, muslim)

Difference between Online Media and Other Media.


A Web site demands something different which differ in writing style and different elements. Writing for the Web is not the same as for broadcast or print, however, the content mirrors the print or broadcast copy. In addition, online media is fast and it is accessible at anytime and anywhere.
Furthermore, in terms of audience, online media may have larger audience since internet can be accessed worldwide. Web users expect updated content from news sites, in which the reporters have to update their stories for the next day’s Web site.
In addition, the similarities between print and online media are that, both are using the same structure which is the inverted pyramid. The inverted pyramid is a favored form for Web stories because the main idea is in the lead of first few paragraphs.
Online readers scan text rather than read every word. That is the reason why many news sites offer printer-friendly version for people who want to read thoroughly. Print and online media both can use the combination of text and still images. However, online media has advantages on this as it is online and the images can be updated also add on videos and moving images as well.
In terms of the immediacy in producing news, online media can update the audience with information as soon as it is available for the audience. For example, breaking news on certain issues, reporters can update in online news as nowadays most people are using smart phones that can easily accessed to the internet in a short period of time.
The newspaper, by the time it arrived at its destination was often tattered and torn and parts of it were unreadable. Compare that now to the lightening speed news is heard around the world and we see that speed of the news is not necessarily more truthful than it was then. It still gets to us today tattered and torn. More people working on the same topic often so confuses and weakens it, in effect, it may be no more viable than when it arrived on a slower journey.
Besides that, one other advantage is that online media does not cost anything to have it. It can just be downloaded and can be viewed at any time unlike printed version, which has cost to earn it.
As conclusion, both online media and print media have its own advantages and disadvantages. Print media is the old version of spreading information and the online media is the up-to-date version of giving out news and information. Both are equally important based on different audience, on how they prefer to get the updated news. In my point of view, the online version is accessible by everyone who uses smart phones and have unlimited internet access, however, the printed version of media will always have and it will always be one of the good source to get information and current issues in all over the country. 


<FARAH FASHA>

Monday 28 May 2012

Perlukah Debat Politik Terbuka?

Debat PTPTN  yang melibatkan dua pemimpin muda, iaitu, Pengarah Strategi PKR,  Mohd Rafizi Ramli serta Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin yg telah berlangsung baru-baru ini hangat diperkatakan dan mendapat perhatian ramai. Persoalannya, wajarkah debat seperti ini diteruskan? Adakah ianya mencapai objektif tujuan utama debat ini dilaksanakan? 

Secara peribadinya, saya menganggap bahawasanya debat seperti ini tidak perlu diteruskan seandainya kita semua tidak dapat menerima pendapat yang diberikan secara terbuka. Kita sendiri dapat lihat kedua-dua pihak bersungguh-sungguh mempertahankan hujah dan pendapat masing-masing. Memang benar dengan adanya debat seperti dapat membuka mata semua dengan maklumat-maklumat yang diketengahkan. 

Walaubagaimanapun, jika kita tidak setuju dengan pihak tersebut maka kita akan sentiasa tidak setuju. Debat seharusnya diterima oleh semua pihak secara terbuka dan mencari konklusi secara keseluruhan bukan dengan menuding jari kepada mana-mana pihak. Terbaru, dikatakan Rafizi akan disaman kerana diperkatakan mengambil kesempatan ketika siaran langsung itu. Jika inilah hasilnya debat ini, maka wajarkah ianya diteruskan? Tiada kata sepakat yang akan diputuskan tentang isu ini sebaliknya isu lain yang dinaikkan. 

Baik buruk sesuatu isu hanya mampu dinilai oleh akal fikiran yang waras serta tahu bezanya antara kebenaran dan penipuan. Berfikiran terbuka dan menerima pendapat orang lain mampu mewujudkan budaya politik baru yang bebas dari unsur politik kotor. 

Akhir kata, setiap individu mempunyai pendapat masing-masing. Sokong atau tidak bukanlah satu kesalahan yang perlu dihukum sebaliknya diterima untuk memperbaiki kekurangan atau kelemahan pihak tertentu. Ilmu seseorang juga penting untuk membantu dalam menilai sesuatu. Jika tiada ilmu secukupnya, maka wujudlah pendapat serta keputusan yang tidak wajar. 


ALLah s.w.t berfirman dalam AL qur;’an surat AL Mujadalah ayat 11 yang artinya:
“ALLah meninggikan beberapa derajat (tingkatan) orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang berilmu (diberi ilmu pengetahuan).dan ALLAH maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”

Sekian.
<Farah Fasha>


Wednesday 11 April 2012

Lagu Bawaku Pergi Diharamkan? Relevankah?


Isu lagu “Bawaku Pergi” yang dinyanyikan oleh Zizan dan Kaka heboh diperkatakan.  Satu lagi isu lagu yang dinaikkan di mana dari sudut pandangan saya ianya tidak masuk akal. Siapa yang tak kenal Malique? Penyanyi dan penulis lirik yang berkaliber dan sentiasa padat dengan kata-kata dan unsur nasihat. Mana mungkin lirik lagu beliau adalah bertujuan untuk mempengaruhi remaja lari dari rumah. 

Kalau ikutkan logik akal manusia, adakah wajar untuk seseorang penulis lagu yang berkaliber untuk mempengaruhi anak-anak muda sekarang untuk lari rumah? Punca remaja lari rumah belum ada yang tertulis disebabkan sebuah lagu selama 4 minit. Banyak lagi faktor lain yang boleh dikaji. 

Kenapa lagu ciptaan Malique ini dianggap negatif sedangkan banyak lagi lagu lain dalam Negara kita sendiri yang berunsur lucah, ganas dan sebagainya. Malah, filem-filem yang ditayangkan di Negara kita lebih berunsur negatif yang mana lebih kuat faktornya untuk menarik remaja mendalami gejala sosial seperti, dadah, lumba haram an gagsterisme. 

Wujudnya isu seperti ini menampakkan lagi betapa ceteknya pemikiran pihak tertentu yang menjadikan lagu ini sebagai isu besar yang dalam masa yang sama mampu menutup periuk nasi penulis lagu tersebut.

 "Bukan semua perkara dalam dunia ini mempunyai niat yang tidak baik", menurut Malique. Sebarang keputusan yang hendak dibuat perlulah bijak dan adil serta diteliti kandungannya. 

Sekian. 

<Farah Fasha>