Monday 9 July 2012

POLITIK DAN AGAMA



Ketika sedang hangat isu politik di Negara kita, terlintas di fikiran apakah keadaan dan situasi politik yang hangat diperjuangkan berlandaskan agama? Adakah agama dan politik dipisahkan atau sebaliknya? Pada pendapat saya, tidak salah untuk berpolitik asalkan tidak tersasar dari apa yang diperintahkan oleh agama. Terdapat kata-kata yang menyebut agama tidak boleh di politikkan tetapi politik itu boleh di agamakan. Erti kata yang lebih jelas, politik boleh di agamakan semoga datangnya kebaikan ketika berpolitik.

Apa yang dapat dilihat di dalam politik di Negara kita adalah ianya semakin lalai dengan tuntutan agama. Masing-masing terlalu leka dan hangat dengan kemenangan dan pengambil alihan kuasa sehingga memisahakan tuntutan agama. Sebagai contoh, politik kini semakin banyak dengan isu menuding jari kepada orang lain serta  fitnah-menfitnah sesama sendiri. Keadaan ini adalah tidak wajar dilakukan kerana ianya akan menjadi tontonan ramai. Secara tidak langsung, penyokong parti-parti berkenaan akan terjebak dalam kesalahan ini.

Perbalahan yang berlaku dalam politik masa kini adalah semakin ketara apabila sedikit demi sedikit isu yang dinaikkan. Isu yang remeh menjadi besar hanya sebagai bahan untuk menjatuhkan pihak lawan. Keadaan seperti ini amat membimbangkan apabila setiap yang terlibat dalam politik sudah tidak lagi mengikut hukum dan syariat islam dalam berpolitik dan pemerintahan.

Selain itu, politik semakin hangat apabila ahli-ahli yang terlibat tidak kira lelaki atau perempuan sanggup berbahas dengan lancang dan bertutur kata yang tidak sepatutnya demi mempertahankan kuasa masing-masing. Dimanakah harga diri dan sifat seorang perempuan yang lemah llebut dalam pertuturan seperti yang disebut dalam islam?

Keadaan politik di Negara ini juga dilihat semakin tidak takut dengan agama. Isu angkat sumpah yang sering menjadi mainan ketika hendak menyelesaikan perselisihan. Sumpah yang menyandarkan kepada nama Allah atau sifatnya tidak boleh dipermainkan dalam cara apa sekalipun. Kaedah bersumpah hanya cukup dilakukan sekadar menyebut nama Allah s.w.t atau sifat-sifatnya dan bukanlah dengan mencium atau menjunjung Al-Quran.

Sesungguhnya terdapat sebuah hadis tentang Allah membenci pemimpin yang mengejar jabatan yang menyebut;
Jangan menuntut kedudukan dalam pemerintahan, karena jika kau diserahi jabatan tanpa minta, kau akan dibantu oleh allah untuk melaksanakannya, tetapi jika dapat jabatan itu karena permintaanmu, maka akan diserahkan ke atas bahumu atau kebijaksanaanmu sendiri. Dan apabila kau telah bersumpah untuk sesuatu kemudian ternyata jika kau lakukan lainnya akan lebih baik, maka tebuslah sumpah itu dan kerjakan apa yang  lebih baik itu. (buchary, muslim)

No comments:

Post a Comment