Monday 28 May 2012

Perlukah Debat Politik Terbuka?

Debat PTPTN  yang melibatkan dua pemimpin muda, iaitu, Pengarah Strategi PKR,  Mohd Rafizi Ramli serta Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin yg telah berlangsung baru-baru ini hangat diperkatakan dan mendapat perhatian ramai. Persoalannya, wajarkah debat seperti ini diteruskan? Adakah ianya mencapai objektif tujuan utama debat ini dilaksanakan? 

Secara peribadinya, saya menganggap bahawasanya debat seperti ini tidak perlu diteruskan seandainya kita semua tidak dapat menerima pendapat yang diberikan secara terbuka. Kita sendiri dapat lihat kedua-dua pihak bersungguh-sungguh mempertahankan hujah dan pendapat masing-masing. Memang benar dengan adanya debat seperti dapat membuka mata semua dengan maklumat-maklumat yang diketengahkan. 

Walaubagaimanapun, jika kita tidak setuju dengan pihak tersebut maka kita akan sentiasa tidak setuju. Debat seharusnya diterima oleh semua pihak secara terbuka dan mencari konklusi secara keseluruhan bukan dengan menuding jari kepada mana-mana pihak. Terbaru, dikatakan Rafizi akan disaman kerana diperkatakan mengambil kesempatan ketika siaran langsung itu. Jika inilah hasilnya debat ini, maka wajarkah ianya diteruskan? Tiada kata sepakat yang akan diputuskan tentang isu ini sebaliknya isu lain yang dinaikkan. 

Baik buruk sesuatu isu hanya mampu dinilai oleh akal fikiran yang waras serta tahu bezanya antara kebenaran dan penipuan. Berfikiran terbuka dan menerima pendapat orang lain mampu mewujudkan budaya politik baru yang bebas dari unsur politik kotor. 

Akhir kata, setiap individu mempunyai pendapat masing-masing. Sokong atau tidak bukanlah satu kesalahan yang perlu dihukum sebaliknya diterima untuk memperbaiki kekurangan atau kelemahan pihak tertentu. Ilmu seseorang juga penting untuk membantu dalam menilai sesuatu. Jika tiada ilmu secukupnya, maka wujudlah pendapat serta keputusan yang tidak wajar. 


ALLah s.w.t berfirman dalam AL qur;’an surat AL Mujadalah ayat 11 yang artinya:
“ALLah meninggikan beberapa derajat (tingkatan) orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang berilmu (diberi ilmu pengetahuan).dan ALLAH maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”

Sekian.
<Farah Fasha>


No comments:

Post a Comment